Thursday, June 16, 2005

Towering Personalities

Saya amat tertarik dengan berita yang dikeluarkan oleh BERNAMA tentang ‘Towering Personalities’. Ianya berkaitan dengan ucapan Menteri Pelajaran Tinggi Malaysia, Datuk Shafie Salleh kepada pelajar Malaysia di Birmingham Sabtu lalu.

Ciri-ciri 'Towering Personalities' ini ada di antaranya telah diketengahkan dalam ucapan dasar yang bertemakan PAKSI KEBANGKITAN PERJUANGAN. Adalah baik kiranya ciri yang murni ini yang mudah difahami ini dan dapat disemai dan diwujudkan di semua peringkat demi kelangsungan jemaah kita.

Walau bagaimanapun saya telah dapat lihat ‘Towering Personalities’ tersebut telah dizahirkan oleh PAS dalam pemilihan dan perlantikan saf kepimpinan Pusat 2005-2007. Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

We hope to develop individuals who are knowledgeable, skillful and able to contribute significantly to the world we live in.

The individuals would be able to develop not only oneself but the community and the world.

The need to develop three main domains in ourselves namely our Intelligence Quotient (IQ), Emotional Quotient (EQ) and Spiritual quotient (SQ).To become a towering personality we need a combination of IQ, EQ and SQ.

Well-mannered individuals who were knowledgeable, intellectual and their achievement respected by others.

Leadership quality and communication skills as areas that needed to be groomed among young Malaysians.

The individuals must be able to lead, manage as well as inspire a team, and at the same time able and willing to listen and ultimately make intelligent and wise decisions.

The individuals should also be able to communicate effectively and possess a high level of curiosity that would lead to in-depth research and always wanting to know more.

The individuals should have the ability to carry out critical analysis of things -- evaluating the present, reviewing the past and predicting the future.

The individuals should also have the ability to appreciate and understand other religions and the various culture.

Inculcate research culture among Malaysians in line to transform Malaysia into a developed nation.

A group of Malaysians who had dedicated themselves to research in various fields, complemented the efforts of creating the many "towering personalities".

"They can become role models to others and by carrying the Malaysian name, the group can project a positive image of the country, working as a team towards inculcating a research culture," he said.

Inilah tuntutan sebagai khalifatullah fil ardh-

Towering Personality kita… Rasulullah S.A.W.

1 comment:

insyirah08 said...

Muslimat dan Fesyen
-insyirah08

Syabas diucapkan kepada kerajaan Kelantan kerana telah mengadakan pertama kalinya ‘all-women’s fashion show’ sempena dengan deklarasi Kota Bharu sebagai Bandar Raya Islam. Gambarnya tertera pada mukasurat pertama akhbar The Star bertarikh 4 Oktober 2005.


Dengan adanya tindakan yang berani dari kerajaan negeri Kelantan ini, saya kira ianya telah membuka minda muslimat PAS khususnya. Adakah Mursyidul ‘Am kita kurang arif tentang hukum hakam berkaitan pakaian? ‘Tabarruj’ – berhias dalam kejelekan dan untuk seronok diharap tidak menjadi isu dalam hal ini asalkan ianya kena pada tempat sesuatu pakaian itu dipakai dan kepada golongan yang dibenarkan.

Naluri wanita yang sukakan kepada yang cantik dan indah kalau digarap dengan jalan yang betul akan membawa hasil yang baik kepada harakah Islamiyyah khususnya.

Selama ini kita telah maklum bahawa pakaian muslimat PAS agak konservatif. Sejak berdekad lalu jubah, tudung labuh dan warna kusam adalah sinonim dengan muslimatnya. Masyarakat dari jauh telah dapat menilai. Yang seperti ini hanya tertarik dengan kelompok mereka sahaja.

Kalau tidak silap saya, di antara sebab kejatuhan pimpinan muslimat beberapa sessi lalu ada tempiasnya dalam isu pakaian. Tambahan bila golongan muslimat baru yang masuk dalam PAS, perkara yang pertama dipertikaikan ialah pakaian.

Namun dengan berubahnya corak kepimpinan yang dianggap lebih terbuka saya rasa ramai yang telah dan akan tertarik dengan tawaran-tawaran perubahan dalam PAS khususnya dalam isu berkaitan wanita. Dalam masa yang sama ahli-ahli PAS yang sedia ada perlu menerima hakikat perubahan tersebut.

Muslimat PAS sekarang terdiri dari berbagai golongan dan profession. Tidak salah mereka menunjukkan professionalisma hatta dalam keadaan berpakaian sekalipun selagi ianya masih dalam batas aurat yang dikehendaki oleh syara’. Hatta yang berpendidikan agama juga boleh dapat membawa pendekatan mengikut kesesuaian mereka.

Pada hemat saya cara berpakaian juga akan membuat masyarakat hormat dan tertarik dengan mesej Islam yang disampaikan.


Wallahu’alam.