Thursday, June 15, 2006

Mahasabah Kepimpinan

Amru bin Al Ash mengalami kesulitan menakluki Mesir. Peristiwa seumpama itu memang di luar kebiasaan bagi pasukan Islam. Sayyidina Umar Al Khattab r.a. sebagai khalifah waktu itu menulis surat kepada Amru bin Al Ash.

Amma ba’du, aku hairan tentang kelewatan menakluki Mesir. Hal itu tidak terjadi kecuali perbuatan engkau sendiri dan kecintaan engkau kepada dunia, sebagaimana kecintaan musuh mu kepada dunia. Sesungguhnya Allah SWT tidak akan menganugerahkan kemenangan kepada suatu kaum kecuali kerana kebersihan niat-niat mereka.

Kini aku utus kepada engkau empat orang pemuda: Zubair bin Awwam, Miqdad bin Aswad, Ubadah bin Syamit, Maslamah bin Mukallad. Menurut ku seorang dari mereka sama nilai dengan seribu orang. Kecuali jika mereka mengalami perubahan oleh sesuatu yang telah merubah orang lain.

Bangkitkan semangat mereka untuk berperang melawan musuh dan serulah mereka agar mampu bersabar dan menjaga kebersihan niat. Anjurkan pula agar mereka mengangkat suara mengagungkan Allah, kemudian pohonlah pertolongan Allah untuk dapat mengalahkan musuh. Tampilkan empat orang yang aku utus untuk bertempur bersama seperti satu badan (bersatu / berpadu tenaga).

Dalam apa urusan sekalipun biarpun kecil dan remeh, maka hendaklah dahulukan Allah S.W.T.

Tanggungjawab paling pokok dan utama bagi pemimpin ialah membawa hati dan roh manusia mengenal Allah S.W.T dan beribadat kepadanya.