Sunday, January 14, 2007

YURAN SEKOLAH MANGSA BANJIR

Kenyataan dalam akhbar The Star 13/01/2007 ‘ Students affected by the floods can postpone the payment of their school fees for six months. The Education Ministry told affected families to request directly to their children’s schools for the payments to be postponed till June.’

Amat terusik dek hati ini.

Apakah perasaan anda sekiranya anda salah se orang mangsa banjir tersebut? Rumah tenggelam, habis harta benda. anak-anak ramai masih bersekolah pulak tu. Tinggal pakaian sehelai sepinggang tambahan kerja sendiri pulak. Yang jenis ada keje ada gaji … (Contoh kes lah…)

Aduh… bingung..bingung … masih kena bayar yuran …. Walaupun tempoh 6 bulan…


Bagaimanakah kerajaan membela rakyat ?????

Dalam akhbar yang sama Pak Lah juga berkata ‘If the Government does not help its people, who will? If we have to spend more, we just have to’.


Pandangan saya, ini adalah masa yang sesuai pihak kerajaan mengambil langkah untuk ‘waive’ yuran sekolah bagi semua murid sekolah di Johor, baik yang terlibat dengan banjir ataupun tidak. Perkara ini bolehlah dimasukkan dalam kategori ‘have to spend more’ di atas tu….

Beban yang sedang ditanggung mereka amat berat. Bak kata ‘Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’. Bantuan yang dijanjikan ada yang sampai dan banyak juga yang tidak kesampaian. Baik dek masalah infrastruktur mahupun masalah lain.


Mengikut laporan terkini BERNAMA pula , ‘The second wave of floods in Johor worsened Saturday, sending 74,525 people to evacuation centres as of Saturday night, up from 60,512 in the evening.


Tidak syak lagi kalau keadaan bertambah buruk DARURAT diisytiharkan di negeri JOHOR.

Sahabat sekelian… ambillah iktibar tentang HUJAN yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita. Tika hujan lebat adalah di antara waktu-waktu yang mustajab untuk kita berdoa.

DOA - senjata orang mukmin .

Sama-samalah kita lakukan solat taubat dan hajat (sendiri mahupun berjemaah) agar Allah memelihara kita sekelian dari keadaan yang lebih teruk dari ini dan juga agar mangsa banjir dan petugas tetap bersabar di atas ujiian ini.

Saturday, January 06, 2007

Luahan rasa awal 2007

tahun baru masihi 2007 telah 6 hari berlalu.
dah lama tak update blog ni... nak tukar presentation moodlah...


bila kenangkan balik tahun 2006, banyak jugak kejadian yang x diduga berlaku di negara ni...

tanah runtuh, banjir, denggi, pembunuhan berleluasa dan luar biasa ...

tol naik, minyak naik, kos-kos lain naik, kapalterbang jatuh, terbabas , dsb

mimpi banjir besar yang menakutkan beberapa bulan lalu sedikit sebanyak ada nyata nya..

lepas mimpi tu ada jugak tanya se orang ustadz tu... dia kata isteri dia pun mimpi banjir sampai menangis teresak-esak ..takut... beliau juga bagi tau ustadz lain pun ada mimpi yang serupa.... banjir besar.....

bila kenangkan.... negeri jaguhan parti pemerintah di selatan tanah air mengalami bencana banjir .....ini agaknya amaran Allah S.W.T

sebelum itu diwawancaralah orang negeri Tok Guru... siap sedia banjir besar akan berlaku....

tut-tut ... di selatan yang jadinya dulu.......

Apa-apa pun ingatlah.... Allah selalu...