Wednesday, February 06, 2008

Pertemuan dengan isteri Dr Basmullah

Sambung menulis lagi….

Isnin 4 Februari 2008. Waktu petang dalam pukul 5.20 petang dapat panggilan dari Dr LL menyuruh saya menemankan isteri Dr Basmullah yang kena tahan lokap berjumpa dengan peguam Karpal Singh di pejabatnya di Jalan Pudu Lama. Temujanji ialah pada 6.30 petang. Alrightlah… lepas waktu pejabat. Saya bertolak dalam pukul 6.20 ptg. Ingatke… dekat, x payah bertolak awal….. rupanya traffic jam punya teruk sampai di pejabat Mr Karpal 7.15 malam. Kakitangan yang bertugas tu bagi tau boleh tunggu sampai pukul 8 malam je .. lepas tu commissioner nak balik dah… Alamak… Nak jumpa Mr Karpal in person pun x dapat , beliau balik dah sebab ada urusan lain.

Tapi kesian si Pn Norlizah ni. Dahlah first day keje sebagai tukang masak di sebuah kilang di Shah Alam. Dapat call dari pihak Karpal Singh pada waktu tengahari nak jumpa beliau.. Serba salah beliau. Lepas kerja pukul 5.30 petang dari Shah Alam, beliau bekejar balik ke rumahnya di Kajang ambik kereta. Lepas tu baru datang ke temujanji. Alhamdulillah, semasa beliau dalam perjalanan pihak peguam menelefon. So, time frame menunggu hingga pukul 8 malam. Beliau sampai ngam-ngam masanya. Katanya ini kali ke 2 pertemuan diadakan. Kali pertama beberapa hari sudah, selepas maklumat suami beliau ditahan disebarkan dalam KOSMO. Mr Lim Kit Siang menelefon beliau memaklumkan Mr Karpal Singh setuju untuk mengambil kes tersebut tanpa sebarang kos.

Rupanya pihak peguam di tingkat atas sedang prepare affidavit untuk diberi esok. Pukul 9.15 baru siap dokumen. Kami di bawa oleh se orang peguam pegi sign dokumen depan Commissioner of Oath pulak dibangunan depan Pudu Raya. On the way ke sana nampaklah gelagat warga-warga asing dan golongan marhaen di kaki lima. Saya nampak ada yang sambil shakehand melepaskan sesuatu barang ke tangan kawan. Saya syak mesti benda asing seperti dadah atau seumpamanya…..

Setelah urusan selesai jam 9.30 malam, peguam dari syarikat guaman Karpal Singh pun memaklumkan bahawa esok pada pukul 9.30 pagi akan diadakan press conference di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

No comments: