Wednesday, June 18, 2008

Saranan Krisis Air & Makanan

FORUM EKONOMI DUNIA ASIA TIMUR
(World Economic Forum on East Asia 2008)
Kuala Lumpur 15-16 June 2008

Terdapat 2 krisis besar yang bakal dihadapi dunia di masa akan datang . Di bawah adalah diantara isu yang dibangkitkan semasa sesi penutup forum tersebut oleh Pengerusi syarikat makanan dunia yang utama , Nestle SA , Peter Brabeck-Letmathe dan Timbalan Menteri Perdagangan Korea Selatan , Ahn Ho-Young.
(maklumat asal – The Star 18/06/2008)

1. KRISIS KEKURANGAN AIR

Dunia akan mengalami krisis kehabisan air sebelum kehabisan minyak.

Setiap manusia memerlukan 25 litre se hari. Purata 5 litre diperlukan untuk mengelak badan mengalami kekurangan air (dehydration), dan baki 20 litre lagi utk kegunaan asas kebersihan

Di Afrika, bagi setiap 20 saat, 1 daripada 5 kanak-kanak dalam usia 5 tahun meninggal disebabkan kekurangan air bersih.


Negara dunia telah mengabaikan kemudahan infrastruktur dan teknologi yang tersedia ada dalam mengatasi masalah air bersih. Masalah air bersih boleh diatasi dengan kos yang minima, tetapi tidak dimasukkan dalam agenda mana-mana perbincangan dalam forum tersebut.

2. KRISIS MAKANAN

Dunia akan menerima padahnya sekiranya kerajaan mengambil polisi yang mementingkan diri sendiri seperti cukup makanan untuk kegunaan negara sendiri seperti di Argentina, Thailand dan Kazakhstan. Berlakulah pengunaan tanah yang tidak efisien di seluruh dunia. Maka terjadilah krisis makanan.

Negara dunia sepatutnya impot makanan daripada negara pengeluar yang paling murah dan ekspot pula ke negara yang mengeluarkan makanan yang paling efisien.

Negara Asia perlu melihat pada polisi pasaran terbuka dalam menghadapi kenaikan harga minyak, air dan makanan. Polisi ini dapat mengeluarkan negara daripada masalah semasa.

Akhir sekali, jurang ekonomi dan sosial dalam negara perlu ditangani dengan sewajarnya oleh negara dunia.

Thursday, June 05, 2008

PAS the real kingmaker in M’sian politics.

Pada 2 Jun lalu bekas Raja Nepal King Gyanendra menyambut baik keputusan Parliament untuk menamatkan dinasti beraja yang telah memerintah selama 240 tahun dengan tujuan ‘to ensure the peaceful development of the Himalayan country’. Raja bagi 26 juta penduduk yang negaranya terletak di antara Cina dan India. Republik yang akan dipimpin oleh Parti Komunis Nepal (Maoist) mengetuai parti campuran yang memenangi pilihanraya pada April lalu.

Bila berlaku peristiwa itu terdetik juga dalam hati saya adakah perkara ini akan terjadi di Malaysia satu hari nanti.

Mungkinkah akan tiba masanya kita tiada punya Yang di Pertuan Agung dan Raja Melayu.

Dimanakah letaknya ketuanan Melayu dan dimanakah letaknya agama rasmi Islam itu?

Dimana hendak diletakkan Islam sebagai rahmatan lil ‘alamiin.

Raja yang bertakhta hilang di mata. Agama rasmi entahnya apa.

Satu pemikiran yang tajam telah dilontarkan oleh Fui K. Soong, CEO INSAP tink tank MCA dalam the STAR hari ini.

Pengiktirafan : 1. PAS is the most well organised, most financially independent and most talented party in Malaysia right now
2. Islamic unity is definitely more universal among all the classes

Kenyataan : The fate of the country lies with PAS rather than witk PKR or the East Malaysians.

Kaedah : PAS will regroup to become one big UMNO / reuniting with BN

Matlamat : Serve several ambitions and safest route to its long-term survival

Rasional :

1. An end to the strenous federal-state relationship in at least 3 states

2. Serve the wish of Malay ground wanting to see more unity at least along the lines of Islam if not Malay

3. PAS gets to discipline UMNO for its wayward ways in the name of Islam, Malay unity and future of Malaysia
Islamic unity is definitely more universal among all the classes

4. Secure its position for the next few general elections, ending the Opposition’s cat and mouse race



Persoalannya sekarang ialah tahap kesediaan ahli dan pemimpin kita dalam menongkah arus politik yang berbeza dan mencabar . Perlu buka mata dan minda. Peka kah kita?

Dimanakah pilihan kesediaan kita????????:


PAS will regroup to become one big UMNO atau

UMNO will regroup to become one big PAS atau

PAS sebahagian daripada BN atau

UMNO sebahagian PAKATAN RAKYAT atau

PAS and none other

Friday, May 30, 2008

Baju Kurung Sekolah Oh Baju Kurung ...

Tidak dapat dinafikan memang baju kurung yang berwarna putih itu mempunyai daya tarikan. Kalau yang memakainya bertudung labuh, tidak menjadi masalah besar... Kalau yang tanpa tudung .... alahai...


Student dulu :

Pada tahun 70an dan 80an mereka yang pakai baju kurung akan wear it decently – mostly bersinglet (camisole) lagi. Hatta muslim Melayu yang ala rugged tak nak pakai baju kurung, masih pakai skirt sbb tak nak cemarkan kemuliaan pada pemakai baju kurung. ……… (macam sayalah … almaklum jahillah masa tu……)

Pakaian amat sinonim dengan agama. Non-muslim dulu takut nak pakai baju kurung.

Student sekarang :

But now student lebih cerdik tapi baik / alim tak pasti. Mereka kurang memakai baju biru ‘pinafore’ (bertutup didepan dan dibelakang). They see something else by wearing baju kurung. Banyak exposurelah….At the same time non-muslim lihat perangai muslim tiada beza dengan mereka.

Sekarang tiada ‘izzah’ lagi bagi student yang memakai baju kurung.

Saya setuju sangat kalau warna lain daripada putih digunakan sebagai baju kurung sekolah.

Perlu diingat juga isteri-isteri pemimpin kerajaan juga mesti berpakaian sopan. Satu ketika dulu dalam akhbar The Star, isteri Pak Lah juga telah dilihat memakai baju kurang sopan walaupun bukan baju kurung. Kalau x silap saya dalam aktiviti menanam pokok. ‘VALLEYS CAN BE SEEN’

AWAS ANDA SEDANG DIPERHATIKAN !!!

Wednesday, April 02, 2008

My MP : Loh Gwo Burne





Semalam, ada se orang sahabat maklumkan saya kenyataan Sdr Loh Gwo Burne agak keterlaluan dalam akhbar The Star. Seolah-olah beliau tidak mendapat perhatian orang Islam. Saya x sempat baca habis semalam. So, hari ini saya bawa article itu untuk di baca di pejabat. Memang betul info sahabat saya tersebut.

The Star 1 April 2008 (People T20)
How many invites for functions have you had so far?
A few. We received Buddhist, Christians and Indian invites but no Muslim ones so far…..

Tidakkah beliau tahu memang petugas-petugas p/raya P104 terdiri dari berbilang bangsa. PKR sendiri terdiri dari kalangan berbagai ugama. Orang kuat beliau semasa beliau kempen PRU 12 juga terdiri dari orang Melayu Islam.. Terhoyong hayang bawa ke sana sini. Berapa majlis yang beliau hadir selepas PRU terdiri penaja PKR dan Tempat Daerah mengundi yang dibantu mostly oleh orang PAS? Bukan orang Islam ada dalamnya????

Apa yang saya rasa dari kenyataan beliau ialah agar PAS Kelana Jaya menyambut kemenangan beliau dengan secara terbuka. Tidak sekadar YDP dan pimpinan kawasan hadir memberi ucapan…. Tapi buatlah majlis khusus untuk beliau…. Apa tak gitu????
Cukuplah sekadar bantuan yang mampu dan telah pihak PAS Kelana Jaya berikan untuk PRU…..cukuplah….


Namun kerja-kerja seterusnya akan diteruskannya ...


Saya dapati banyak kenyataan beliau dalam akhbar tersebut menunjukkan rasa ketidakpuasan hati beliau dalam jentera pilihanraya PKR. Malu juga bagi pihak PKR . Jawapan yang diberi luahan peribadi. Tapi mesti ingat sebagai pemimpin atau wakil rakyat pandailah jawab secara professional… Inilah akibat calon bidan terjun. Tambahan kalau yang telah lama mastautin di luar negara……..PAS perlu ambil iktibar


Antara kenyataan dan cerita menarik lain oleh beliau dalam akhbar The STAR.



  • Risalah dalam bahasa Cina diedarkan di pasar pagi SS15 kepada peniaga Melayu yang tidak faham sebutir pun isi risalah tersebut..



  • Kempen di SS 15 Subang Jaya jam 9 pagi pada hari bekerja? (Kedai ada buka k belum?)



  • Kempen di flat kos rendah jam 3 ptg hari bekerja juga? Siapa ada di rumah ?



  • There is also this Malay chap who follows me around and keep bugging in Malay.



  • Berkaitan calon asal yang terpaksa bertukar tempat ‘ The previous person had moved to Pandan because they thought there was no chance here. I think they chose me because I was well known. And I did get more coverage than him.’


They to sape??? Bukan PKR juga? Apa-apa pun itu strategi PKR..

Sunday, February 10, 2008

Cerita lagi......

hai... bila mood nak cerita.... ceritalah....

9 Feb 2008

Hari ni ingat ke nak uruskan hal bilik muslimat d markaz . Lampu rosak, bilik berabuk pulak tu… Nak pasang curtain railing…. Habis semua x jadi..

Subuh lagi dah terima panggilan kakak Ampang maklumkan mak saudara meninggal (sepupu belah arwah mak saya). Katanya jam 3 pagi. UDA… itulah gelaran beliau. Beliau adalah anak kepada Allahyarhamah Ibu Mithali Malaysia pertama, Ibu Anjah. Adik Tan Sri Dr Majid. Tok-tok geng belah sana….

Teringat rendang yang UDA tolong buatkan untuk hantar ke UK buat adik ipar dulu-dulu……Rumah UDA tinggal nilah rumah Ibu Anjah. Kalau majlis Tahlil n kenduri arwah selalu diadakan di sini. Katanya dah seminggu masuk wad. Last jumpa beliau masa kenduri cucu Bibik Amah, Jaja. Rumah dekat entrance SMK Gombak Setia hujung tahun lepas. Tengok surat utk diberi kpd pnjga tanah perkuburan sakitnya berkaitan jantung….. umur 70an…….

Saya x rapat sangatlah…. Tapi bila ada kematian atau kenduri kahwin / tahli ni suka g. Boleh jumpa ramai saudara…Tan Sri Datuk dll sepupu sepapat sume ade… Janji x clash ngan main program jemaah . Kalau kematian boleh tolong uruskan apa yang patut ….. seronok

Bertolak pukul 10 pg. Nk awal x boleh… Ada Kak Mun roti jala nak dtg bagi duit baki. Dia bawa juga pin-pin baju ala brooch utk dijual…..

Sampai di sana jnzh sedang dimandikan. Dah siap dapatlah tolong mak saudara lain mengkafankan jnzah. Selesai solat jenazah di rumah tersebut saya pun bertolak balik rumah…

On the way balik Pn Norlizah isteri Dr Basmullah call nk ajak teman jumpa Mr Karpal Singh lagi jam, 3.30 petang. Tapi permintaan beliau minta bawa se orang peguam bersama x kesampaian. Peguam tu x sihat n last minute pulak… OKlah Saya g jg lagi pun nk hantar ank k Puduraya ptg tu….

Alahai jam teruk… kali ni saya lambat sampai… dia dah selesai jumpa Mr Karpal. Katanya Mr Karpal do the best he can to win this case. Nanti minta court fix date for hearing. Pn Norizah kata nanti kalau suami beliau free on 18 Mach or b4 beliau ajak ramai orang sambut Dr di Penjara Kajang. JOm……

Masa dari pjbt Mr Karpal kami sama-sama setuju nak gi minum. Dia ajak k rmh beliau Ingat k nak singgah kat gerai mana-mana di Kajang tu . Ikutlah konvoi belakang kereta beliau. Last-last sampai rumahnya di sebuah taman baru di Kajang. Memang tempat saya x pernah g.

Minum petang di sana rupanya. Alahai….. malunya….. dahlah tol tolong bayar.
Saya tolong gorengkan cucur kodok pisang yang beliau siap bancuh . Lepas tu dia masak mee kung fu……. Tahulah nanti nak buat mee t u….

Elok jg boleh jumpa anak ke 5 beliau yg ada di rumah. Anak inilah yang dijanjikan nak sambut birthday tapi bapanya ditangkap terlebih dahulu tempoh hari….borak punya borak …….Dekat Maghrib baru balik

Alhamdulillah tambah lagi Akhawat fil Islam.
…..

Wednesday, February 06, 2008

Pertemuan dengan isteri Dr Basmullah

Sambung menulis lagi….

Isnin 4 Februari 2008. Waktu petang dalam pukul 5.20 petang dapat panggilan dari Dr LL menyuruh saya menemankan isteri Dr Basmullah yang kena tahan lokap berjumpa dengan peguam Karpal Singh di pejabatnya di Jalan Pudu Lama. Temujanji ialah pada 6.30 petang. Alrightlah… lepas waktu pejabat. Saya bertolak dalam pukul 6.20 ptg. Ingatke… dekat, x payah bertolak awal….. rupanya traffic jam punya teruk sampai di pejabat Mr Karpal 7.15 malam. Kakitangan yang bertugas tu bagi tau boleh tunggu sampai pukul 8 malam je .. lepas tu commissioner nak balik dah… Alamak… Nak jumpa Mr Karpal in person pun x dapat , beliau balik dah sebab ada urusan lain.

Tapi kesian si Pn Norlizah ni. Dahlah first day keje sebagai tukang masak di sebuah kilang di Shah Alam. Dapat call dari pihak Karpal Singh pada waktu tengahari nak jumpa beliau.. Serba salah beliau. Lepas kerja pukul 5.30 petang dari Shah Alam, beliau bekejar balik ke rumahnya di Kajang ambik kereta. Lepas tu baru datang ke temujanji. Alhamdulillah, semasa beliau dalam perjalanan pihak peguam menelefon. So, time frame menunggu hingga pukul 8 malam. Beliau sampai ngam-ngam masanya. Katanya ini kali ke 2 pertemuan diadakan. Kali pertama beberapa hari sudah, selepas maklumat suami beliau ditahan disebarkan dalam KOSMO. Mr Lim Kit Siang menelefon beliau memaklumkan Mr Karpal Singh setuju untuk mengambil kes tersebut tanpa sebarang kos.

Rupanya pihak peguam di tingkat atas sedang prepare affidavit untuk diberi esok. Pukul 9.15 baru siap dokumen. Kami di bawa oleh se orang peguam pegi sign dokumen depan Commissioner of Oath pulak dibangunan depan Pudu Raya. On the way ke sana nampaklah gelagat warga-warga asing dan golongan marhaen di kaki lima. Saya nampak ada yang sambil shakehand melepaskan sesuatu barang ke tangan kawan. Saya syak mesti benda asing seperti dadah atau seumpamanya…..

Setelah urusan selesai jam 9.30 malam, peguam dari syarikat guaman Karpal Singh pun memaklumkan bahawa esok pada pukul 9.30 pagi akan diadakan press conference di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Friday, September 21, 2007

Kemusykilan ????????


Bagi sesiapa yang terbaca The Star semalam, akan nampak gambar DYMM Yang DiPertuan Agong Tuanku Mizan di satu majlis berbuka puasa di Istana Negara.

Yang terlintas di hati saya, disebelah Pak Lah tu adalah Tan Sri Haniff Omar bekas Ketua Polis Negara. Saya tidak pasti pada tahun-tahun sebelum ini Tan Sri dijemput atau tidak.

Sekiranya undangan luar biasa , saya kira sudah pasti ada perkara yang ingin dimaklumkan dari hati ke hati (Wallahu alam). Saya tidak pasti samada Tan Sri Musa Hassan Ketua Polis Negara sekarang ada bersama atau tidak....

Mungkin anda tahu jawapannya...