Wednesday, June 18, 2008

Saranan Krisis Air & Makanan

FORUM EKONOMI DUNIA ASIA TIMUR
(World Economic Forum on East Asia 2008)
Kuala Lumpur 15-16 June 2008

Terdapat 2 krisis besar yang bakal dihadapi dunia di masa akan datang . Di bawah adalah diantara isu yang dibangkitkan semasa sesi penutup forum tersebut oleh Pengerusi syarikat makanan dunia yang utama , Nestle SA , Peter Brabeck-Letmathe dan Timbalan Menteri Perdagangan Korea Selatan , Ahn Ho-Young.
(maklumat asal – The Star 18/06/2008)

1. KRISIS KEKURANGAN AIR

Dunia akan mengalami krisis kehabisan air sebelum kehabisan minyak.

Setiap manusia memerlukan 25 litre se hari. Purata 5 litre diperlukan untuk mengelak badan mengalami kekurangan air (dehydration), dan baki 20 litre lagi utk kegunaan asas kebersihan

Di Afrika, bagi setiap 20 saat, 1 daripada 5 kanak-kanak dalam usia 5 tahun meninggal disebabkan kekurangan air bersih.


Negara dunia telah mengabaikan kemudahan infrastruktur dan teknologi yang tersedia ada dalam mengatasi masalah air bersih. Masalah air bersih boleh diatasi dengan kos yang minima, tetapi tidak dimasukkan dalam agenda mana-mana perbincangan dalam forum tersebut.

2. KRISIS MAKANAN

Dunia akan menerima padahnya sekiranya kerajaan mengambil polisi yang mementingkan diri sendiri seperti cukup makanan untuk kegunaan negara sendiri seperti di Argentina, Thailand dan Kazakhstan. Berlakulah pengunaan tanah yang tidak efisien di seluruh dunia. Maka terjadilah krisis makanan.

Negara dunia sepatutnya impot makanan daripada negara pengeluar yang paling murah dan ekspot pula ke negara yang mengeluarkan makanan yang paling efisien.

Negara Asia perlu melihat pada polisi pasaran terbuka dalam menghadapi kenaikan harga minyak, air dan makanan. Polisi ini dapat mengeluarkan negara daripada masalah semasa.

Akhir sekali, jurang ekonomi dan sosial dalam negara perlu ditangani dengan sewajarnya oleh negara dunia.

No comments: