Sunday, February 10, 2008

Cerita lagi......

hai... bila mood nak cerita.... ceritalah....

9 Feb 2008

Hari ni ingat ke nak uruskan hal bilik muslimat d markaz . Lampu rosak, bilik berabuk pulak tu… Nak pasang curtain railing…. Habis semua x jadi..

Subuh lagi dah terima panggilan kakak Ampang maklumkan mak saudara meninggal (sepupu belah arwah mak saya). Katanya jam 3 pagi. UDA… itulah gelaran beliau. Beliau adalah anak kepada Allahyarhamah Ibu Mithali Malaysia pertama, Ibu Anjah. Adik Tan Sri Dr Majid. Tok-tok geng belah sana….

Teringat rendang yang UDA tolong buatkan untuk hantar ke UK buat adik ipar dulu-dulu……Rumah UDA tinggal nilah rumah Ibu Anjah. Kalau majlis Tahlil n kenduri arwah selalu diadakan di sini. Katanya dah seminggu masuk wad. Last jumpa beliau masa kenduri cucu Bibik Amah, Jaja. Rumah dekat entrance SMK Gombak Setia hujung tahun lepas. Tengok surat utk diberi kpd pnjga tanah perkuburan sakitnya berkaitan jantung….. umur 70an…….

Saya x rapat sangatlah…. Tapi bila ada kematian atau kenduri kahwin / tahli ni suka g. Boleh jumpa ramai saudara…Tan Sri Datuk dll sepupu sepapat sume ade… Janji x clash ngan main program jemaah . Kalau kematian boleh tolong uruskan apa yang patut ….. seronok

Bertolak pukul 10 pg. Nk awal x boleh… Ada Kak Mun roti jala nak dtg bagi duit baki. Dia bawa juga pin-pin baju ala brooch utk dijual…..

Sampai di sana jnzh sedang dimandikan. Dah siap dapatlah tolong mak saudara lain mengkafankan jnzah. Selesai solat jenazah di rumah tersebut saya pun bertolak balik rumah…

On the way balik Pn Norlizah isteri Dr Basmullah call nk ajak teman jumpa Mr Karpal Singh lagi jam, 3.30 petang. Tapi permintaan beliau minta bawa se orang peguam bersama x kesampaian. Peguam tu x sihat n last minute pulak… OKlah Saya g jg lagi pun nk hantar ank k Puduraya ptg tu….

Alahai jam teruk… kali ni saya lambat sampai… dia dah selesai jumpa Mr Karpal. Katanya Mr Karpal do the best he can to win this case. Nanti minta court fix date for hearing. Pn Norizah kata nanti kalau suami beliau free on 18 Mach or b4 beliau ajak ramai orang sambut Dr di Penjara Kajang. JOm……

Masa dari pjbt Mr Karpal kami sama-sama setuju nak gi minum. Dia ajak k rmh beliau Ingat k nak singgah kat gerai mana-mana di Kajang tu . Ikutlah konvoi belakang kereta beliau. Last-last sampai rumahnya di sebuah taman baru di Kajang. Memang tempat saya x pernah g.

Minum petang di sana rupanya. Alahai….. malunya….. dahlah tol tolong bayar.
Saya tolong gorengkan cucur kodok pisang yang beliau siap bancuh . Lepas tu dia masak mee kung fu……. Tahulah nanti nak buat mee t u….

Elok jg boleh jumpa anak ke 5 beliau yg ada di rumah. Anak inilah yang dijanjikan nak sambut birthday tapi bapanya ditangkap terlebih dahulu tempoh hari….borak punya borak …….Dekat Maghrib baru balik

Alhamdulillah tambah lagi Akhawat fil Islam.
…..

Wednesday, February 06, 2008

Pertemuan dengan isteri Dr Basmullah

Sambung menulis lagi….

Isnin 4 Februari 2008. Waktu petang dalam pukul 5.20 petang dapat panggilan dari Dr LL menyuruh saya menemankan isteri Dr Basmullah yang kena tahan lokap berjumpa dengan peguam Karpal Singh di pejabatnya di Jalan Pudu Lama. Temujanji ialah pada 6.30 petang. Alrightlah… lepas waktu pejabat. Saya bertolak dalam pukul 6.20 ptg. Ingatke… dekat, x payah bertolak awal….. rupanya traffic jam punya teruk sampai di pejabat Mr Karpal 7.15 malam. Kakitangan yang bertugas tu bagi tau boleh tunggu sampai pukul 8 malam je .. lepas tu commissioner nak balik dah… Alamak… Nak jumpa Mr Karpal in person pun x dapat , beliau balik dah sebab ada urusan lain.

Tapi kesian si Pn Norlizah ni. Dahlah first day keje sebagai tukang masak di sebuah kilang di Shah Alam. Dapat call dari pihak Karpal Singh pada waktu tengahari nak jumpa beliau.. Serba salah beliau. Lepas kerja pukul 5.30 petang dari Shah Alam, beliau bekejar balik ke rumahnya di Kajang ambik kereta. Lepas tu baru datang ke temujanji. Alhamdulillah, semasa beliau dalam perjalanan pihak peguam menelefon. So, time frame menunggu hingga pukul 8 malam. Beliau sampai ngam-ngam masanya. Katanya ini kali ke 2 pertemuan diadakan. Kali pertama beberapa hari sudah, selepas maklumat suami beliau ditahan disebarkan dalam KOSMO. Mr Lim Kit Siang menelefon beliau memaklumkan Mr Karpal Singh setuju untuk mengambil kes tersebut tanpa sebarang kos.

Rupanya pihak peguam di tingkat atas sedang prepare affidavit untuk diberi esok. Pukul 9.15 baru siap dokumen. Kami di bawa oleh se orang peguam pegi sign dokumen depan Commissioner of Oath pulak dibangunan depan Pudu Raya. On the way ke sana nampaklah gelagat warga-warga asing dan golongan marhaen di kaki lima. Saya nampak ada yang sambil shakehand melepaskan sesuatu barang ke tangan kawan. Saya syak mesti benda asing seperti dadah atau seumpamanya…..

Setelah urusan selesai jam 9.30 malam, peguam dari syarikat guaman Karpal Singh pun memaklumkan bahawa esok pada pukul 9.30 pagi akan diadakan press conference di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.