Wednesday, April 02, 2008

My MP : Loh Gwo Burne





Semalam, ada se orang sahabat maklumkan saya kenyataan Sdr Loh Gwo Burne agak keterlaluan dalam akhbar The Star. Seolah-olah beliau tidak mendapat perhatian orang Islam. Saya x sempat baca habis semalam. So, hari ini saya bawa article itu untuk di baca di pejabat. Memang betul info sahabat saya tersebut.

The Star 1 April 2008 (People T20)
How many invites for functions have you had so far?
A few. We received Buddhist, Christians and Indian invites but no Muslim ones so far…..

Tidakkah beliau tahu memang petugas-petugas p/raya P104 terdiri dari berbilang bangsa. PKR sendiri terdiri dari kalangan berbagai ugama. Orang kuat beliau semasa beliau kempen PRU 12 juga terdiri dari orang Melayu Islam.. Terhoyong hayang bawa ke sana sini. Berapa majlis yang beliau hadir selepas PRU terdiri penaja PKR dan Tempat Daerah mengundi yang dibantu mostly oleh orang PAS? Bukan orang Islam ada dalamnya????

Apa yang saya rasa dari kenyataan beliau ialah agar PAS Kelana Jaya menyambut kemenangan beliau dengan secara terbuka. Tidak sekadar YDP dan pimpinan kawasan hadir memberi ucapan…. Tapi buatlah majlis khusus untuk beliau…. Apa tak gitu????
Cukuplah sekadar bantuan yang mampu dan telah pihak PAS Kelana Jaya berikan untuk PRU…..cukuplah….


Namun kerja-kerja seterusnya akan diteruskannya ...


Saya dapati banyak kenyataan beliau dalam akhbar tersebut menunjukkan rasa ketidakpuasan hati beliau dalam jentera pilihanraya PKR. Malu juga bagi pihak PKR . Jawapan yang diberi luahan peribadi. Tapi mesti ingat sebagai pemimpin atau wakil rakyat pandailah jawab secara professional… Inilah akibat calon bidan terjun. Tambahan kalau yang telah lama mastautin di luar negara……..PAS perlu ambil iktibar


Antara kenyataan dan cerita menarik lain oleh beliau dalam akhbar The STAR.



  • Risalah dalam bahasa Cina diedarkan di pasar pagi SS15 kepada peniaga Melayu yang tidak faham sebutir pun isi risalah tersebut..



  • Kempen di SS 15 Subang Jaya jam 9 pagi pada hari bekerja? (Kedai ada buka k belum?)



  • Kempen di flat kos rendah jam 3 ptg hari bekerja juga? Siapa ada di rumah ?



  • There is also this Malay chap who follows me around and keep bugging in Malay.



  • Berkaitan calon asal yang terpaksa bertukar tempat ‘ The previous person had moved to Pandan because they thought there was no chance here. I think they chose me because I was well known. And I did get more coverage than him.’


They to sape??? Bukan PKR juga? Apa-apa pun itu strategi PKR..

No comments: